SOALAN PRESTASI

1) Adakah PPK boleh meminda markah penilaian prestasi yang diberikan oleh PPP kepada PYD?

  • Tidak. PPK tidak boleh meminda markah penilaian prestasi yang telah diberikan oleh PPP kepada PYD.

2) Adakah PYD boleh membuat pindaan selepas menghantar LNPT kepada PPP?

  • Tidak. PYD tidak boleh membuat apa-apa pindaan selepas menghantar LNPT kepada PPP. Oleh itu, PYD hendaklah memastikan maklumat adalah betul sebelum menghantarnya kepada PPP. Ini kerana proses LNPT adalah proses sehala.
3) Pada SKT CO memaparkan pemberitahuan ‘Data tidak lengkap, CO ini tiada pegawai penyelia’. Apa yang perlu dilakukan?

  • Ini bermaksud, tiada penetapan PPP pada PYD tersebut. Oleh itu, urusetia PPSM atau pentadbir hendaklah menetapkan PPP kepada PYD tersebut di menu Penetapan Pegawai Penilai. Selain itu juga, hendaklah dipastikan Rekod Sandangan Pegawai Penilai tersebut adalah lengkap dan status jawatan sebenar PPP adalah aktif (bukan berstatus mansuh atau jumud).