SOALAN PERUBATAN

1. Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?
  • Pemilik Kompetensi perlu menyemak maklumat keluarga yang dimasukkan di Pengurusan Rekod Peribadi seperti berikut:
  1.  Maklumat peribadi telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi 
  2.  Status tanggungan di Pengurusan Rekod Peribadi perlu dipilih 
  3.  Status pekerjaan ahli keluarga perlu di kemaskini
  4.  Kategori Kad Pengenalan – perlulah berstatus SEMASA

2. Anak saya berumur 22 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?
  • Mengikut Perintah Am Bab F, hanya anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah serta yang masih belajar sahaja yang layak untuk mendapatkan kemudahan eGL. Bagi anak yang tidak belajar, kemudahan eGL hanya diberikan sehingga 18 tahun sahaja.
3. Bagaimana kelayakan perubatan ditentukan di Submodul Pengurusan Perubatan?
  • Kelayakan Perubatan ditentukan mengikut Pekeliling/Arahan yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan. Antara Pekililing yang terlibat adalah: 

  1. Perintah Am Bab F (Perubatan); 
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 - Kemudahan Rawatan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah; 
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 4 Tahun 2001 – Pelaksanaan Kemudahan Perubatan;
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service);
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan; 
  6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 – Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam.

4. Maklumat gaji saya salah di paparan eGL
  • Maklumat Gaji yang dipaparkan pada eGL diambil daripada:
Gred Gaji: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  1. Gaji Pokok: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan) 
  2. Gred Pemangkuan: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan) 
  3. Nombor Gaji: Submodul Pengurusan Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Gaji) 
Jika maklumat yang dipaparkan pada eGL didapati tidak tepat, sila hubungi Pentadbir HRMIS Sekolah untuk mengemaskini maklumat