CARA RESET SEMULA KATALALUAN
Fungsi untuk set semula Kata Laluan boleh dilakukan oleh pengguna melalui dua (2) kaedah iaitu:
1.Set Semula Kata Laluan melalui Pentadbir Sistem
- Pengguna perlu menghubungi Pentadbir Sistem di sekolah masing-masing untuk membantu melakukan aktiviti Set Semula Kata Laluan Pengguna yang terlibat.
2.Set Semula Kata Laluan melalui emel
- Sebelum menggunakan fungsi ini, pengguna perlulah mempunyai maklumat emel yang terkini di dalam rekod HRMIS. Fungsi ini akan melibatkan proses penghantaran emel di mana Pengguna boleh sendiri melakukan aktiviti Set Semula Kata Laluan.
- Penggunaan fungsi Set Semula Kata Laluan melalui emel boleh diperoleh melalui pautan di muka log masuk aplikasi HRMIS2.0.
- Klik pada pautan tersebut untuk ke proses yang selanjutnya.
- Pengguna akan dipanjangkan ke muka popup seperti gambarajah di bawah.
- Pengguna perlu mengisikan maklumat ID Pengguna dan Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam di dalam ruangan yang disediakan.
- Klik butang Hantar ke proses yang seterusnya.
- Di muka web seterusnya, masukkan nilai huruf atau nombor berdasarkan imej captcha yang dipaparkan.
- Klik butang Hantar ke proses yang seterusnya.
- Sekiranya maklumat yang dimasukkan dimasukkan dengan tepat, emel akan dihantar berdasarkan alamat emel penggun yang dikemaskini di dalam rekod HRMIS bagi meneruskan aktiviti Set Semula Kata Laluan.
- Pengguna perlu menyemak peti simpanan emel pengguna bagi melihat emel aktiviti Set Semula Kata Laluan.
- Di dalam emel tersebut, pengguna akan dibekalkan dengan satu pautan yang dijana secara rawak oleh sistem.
- Klik pada pautan tersebut untuk ke proses yang seterusnya.
- Setelah pautan di emel diklik, pengguna akan dipanjangkan muka web bagi fungsi untuk mengubah Kata Laluan Pengguna kepada yang baru.
- Pengguna perlu memasukkan Kata Laluan Pengguna yang baru di ruangan yang disediakan.
- Pengukuran kekuatan Kata Laluan yang dimasukkan boleh dilihat melalui fungsi pengesanan di sebelah kanan muka web.
- Kata Laluan yang baru dimasukkan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan sederhana di mana panjang minima Kata Laluan adalah sebanyak lapan (8) aksara serta gabungan Kata Laluan mengandungi huruf besar/kecil, nombor dan/atau simbol.
- Klik butang Hantar untuk memuktamadkan aktivit Set Semula Kata Laluan Pengguna.