Monday, 1 January 2018

Pemakluman: Pengurusan Cuti Rehat Bagi Tahun 2017 & 2018

TIADA PENUTUPAN menu Permohonan Cuti bagi Tahun 2017. Sehubungan itu, Pentadbir Cuti perlulah mengemaskini maklumat cuti dengan mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

a) Bermula 20 Disember 2017 sehingga 31 Januari 2018, aktiviti permohonan cuti, kelulusan cuti, pindaan/ pembatalan cuti serta permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Cuti Dibawa Ke Hadapan bagi tahun 2017 hanya boleh dilaksanakan melalui Aplikasi HRMIS 2.0. Operasi permohonan dan kelulusan Cuti Rehat di MyHRMIS Cuti boleh dilaksanakan seperti biasa.
b) Penjanaan kelayakan cuti bagi tahun 2018 boleh dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bergantung kepada kesesuaian Pentadbir Cuti agensi masing-masing.
c) Pematuhan kepada proses ini akan memastikan maklumat GCR dan kelayakan cuti bagi tahun 2018 adalah tepat.


Sunday, 12 November 2017

CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN WAD

Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital: 

Kumpulan/Gred                   Kelayakan Wad
Pengurusan Tertinggi              Kelas 1 Bilik Seorang
45 - 54                                         Kelas 1 Bilik Seorang
31 - 44                                         Kelas 1 Bilik Berdua
21 - 30                                         Kelas 1 Bilik Bertiga
1 - 20                                                       Kelas 2

SEMAKAN DATA BERINTEGRITI

Apakah fungsi Semakan Data?
Semakan Data memaparkan status berintegriti atau tidak ke atas 21 data yang diKPIkan untuk elemen Pemurnian Data (melibatkan Data Perjawatan, Profil Perkhidmatan dan Rekod Peribadi) dalam Kamus KPI HRMIS. Paparan tersebut adalah data sehari lewat. Sekiranya data dikemaskini pada hari ini, pohon CO semak keesokan harinya untuk melihat status data tersebut.

Tuesday, 31 October 2017

CARA RESET SEMULA KATALALUAN

Fungsi untuk set semula Kata Laluan boleh dilakukan oleh pengguna melalui dua (2) kaedah iaitu:

1.Set Semula Kata Laluan melalui Pentadbir Sistem 
  • Pengguna perlu menghubungi Pentadbir Sistem di sekolah masing-masing untuk membantu melakukan aktiviti Set Semula Kata Laluan Pengguna yang terlibat.


Monday, 30 October 2017

PENGUMUMAN PENAMBAHBAIKAN SUB MODUL SKT


Mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017, paparan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan memaparkan peringatan di butang HANTAR sekiranya Pegawai Yang Dinilai (PYD) masih belum melengkapkan pencapaian sebenar SKT (Rajah 1). Setelah semua pencapaian sebenar aktiviti SKT dilengkapkan, PYD boleh menghantar kepada penilai untuk pengesahan SKT.
Penambahbaikan ini sebagai peringatan kepada PYD sekiranya masih ada ruangan kosong pada pencapaian sebenar.

Rajah 1:

MAKLUMAN BERKENAAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERMOHONAN CUTI REHAT PADA 4 SEPTEMBER 2017

Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa 4 september 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai Cuti Umum. Sehubungan dengan itu, bagi menjamin ketepatan dan integriti data, mohon kerjasama agar semua Pentadbir Cuti dapat melaksanakan pengemaskinian rekod permohonan cuti bagi semua Pemilik Kompetensi yang terlibat di agensi masing-masing melalui menu Pindaan/Pembatalan Cuti.

Kerjasama semua Pemilik Kompetensi yang terlibat juga adalah diharapkan agar dapat memaklumkan kepada Pentadbir Cuti berkenaan permohonan cuti masing-masing bagi memudahkan proses pengemaskinian ini dilaksanakan.