Tuesday, 31 October 2017

CARA RESET SEMULA KATALALUAN

Fungsi untuk set semula Kata Laluan boleh dilakukan oleh pengguna melalui dua (2) kaedah iaitu:

1.Set Semula Kata Laluan melalui Pentadbir Sistem 
  • Pengguna perlu menghubungi Pentadbir Sistem di sekolah masing-masing untuk membantu melakukan aktiviti Set Semula Kata Laluan Pengguna yang terlibat.


Monday, 30 October 2017

PENGUMUMAN PENAMBAHBAIKAN SUB MODUL SKT


Mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017, paparan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan memaparkan peringatan di butang HANTAR sekiranya Pegawai Yang Dinilai (PYD) masih belum melengkapkan pencapaian sebenar SKT (Rajah 1). Setelah semua pencapaian sebenar aktiviti SKT dilengkapkan, PYD boleh menghantar kepada penilai untuk pengesahan SKT.
Penambahbaikan ini sebagai peringatan kepada PYD sekiranya masih ada ruangan kosong pada pencapaian sebenar.

Rajah 1:

MAKLUMAN BERKENAAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERMOHONAN CUTI REHAT PADA 4 SEPTEMBER 2017

Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa 4 september 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai Cuti Umum. Sehubungan dengan itu, bagi menjamin ketepatan dan integriti data, mohon kerjasama agar semua Pentadbir Cuti dapat melaksanakan pengemaskinian rekod permohonan cuti bagi semua Pemilik Kompetensi yang terlibat di agensi masing-masing melalui menu Pindaan/Pembatalan Cuti.

Kerjasama semua Pemilik Kompetensi yang terlibat juga adalah diharapkan agar dapat memaklumkan kepada Pentadbir Cuti berkenaan permohonan cuti masing-masing bagi memudahkan proses pengemaskinian ini dilaksanakan.